Thursday, June 30, 2011

mood:EXAM lagi

hai semua
selamat pagi...
apa khabar semua..
mood exam kembali lagi
minggu depan kena ambil exam lagi..
tapi tak sempat nak study lagi..
kesibukan kerja kat pejabat menyebabkan tak berkesempatan nak study...
balik rumah dah letih...tak larat sangat...
dapat study pun sekejap je..
harap-harap semuanya ok..harap-harap bolehlah nak menjawab soalan nanti...



p/s:kawan2 saya dh lupa la tentang akaun..exam tentang perakaunan la...






Tuesday, June 28, 2011

tabahkan aku Ya Allah

hai semua..

tak tau la napa hati ini rasa sedih sangat..

rasa tak larat sangat nak hadapi semuanya..

dengan macam2 benda yang nak kena fikir..

dengan kerja kat ofis..

tak tau dah nak macam mana..

dah berusaha untuk bersabar...

Ya Allah, tabahkan hati hambamu ini..







Saturday, June 25, 2011

untitled

hai semua

apa kabar??

sihat ke??

dah lama tak update blog ni..

sibuk je.. tak sempat nak update...

keja kat ofis sangat banyak..

huhu..

nak update apa ya..tak ada idea la pulak...

ok la, saya upload la gambar2 saya dengan member saya minggu lepas..

ceritanya, saya temankan member ni pegi kat JPN.. ada urusan kat sana..

dah selesai urusan DIA... jom snap snap la dulu sebelum balik..heee..

sebenarnya, kami kuar dalam jam 9.30 pagi.. dah rancang nak balik awal

tapi............

last2 kami balik sampai ke petang... dalam jam 5 macam tu lah..

disebabkan nak ambil gambar lebih2 kan..balik lambatla...heee..

tengoklah gambar2 kat bawah ni... tapi kat sini tak upload banyak la..

karang upload banyak2, bosan lak tengok gambar saya kan..heee




jom ambil gambar banyak2...

ini la member saya tu.. namanya nis..


i like this pic





p/s:sila jangan bosan tengok gambar2 ni ya..hehe.. dah lama tak ambil gambar banyak2.. ada tak sesiapa yang nak ajak saya ambil gambar..:)








Friday, June 17, 2011

kenapa

hai semua
selamat hari jumaat

aku tak taula napa hari ini aku seakan tak mampu nak kawal rasa marah. rasa nak marah orang je..
"napa saja nak sakitkan hati orang...kita taulah orang tu banyak keja..kita pun banyak keja juga..sabarlah sikit..tak payahlah nak marah je.."
kadang-kadang rasa tertekan sangat dengan keja..berusaha sedaya upaya untuk bersabar..

SABAR..sabar..SABAR..sabar

Thursday, June 16, 2011

~~geram+marah~~

hai semua..
apa kabar??

letihnya la kepala ni, banyak benda nak fikir..
lebih2 lagi ada je orang yang saja nak naikkan kemarahanku..
dah cukup bersabar dah ni...
ya allah berilah kekuatan kepadaku..
tak suka nak marah2 orang tapi bila orang buat kita marah, adush..
sakitnya hati ini...
nak je aku hamburkan kemarahan ni kat orang tu
tapi kena bersabar



nasib baikla masih mampu bersabar


~bersabarlah wahai aida~
~jangan marah2 ye~

Wednesday, June 15, 2011

mak oh mak


hai semua
apa kabar??
hari ini tak tau nak tulis apa..heee

"mak oh mak..
kenapa asyik tanya bila nak kawen
tak tau nak jawab dah mak...huhuhu.."

tadi call mak,
mak wish birthday to me.. (makin bertambah usiaku)
mak kata, kawan kat kampung dah kena pinang, maybe raya ni nak tunang..
lepas tu mak tanya, saya bila pulak..huhuhu..

"mak, tak tau la..tak ada jawapan untuk soalan tu..:)
kalau dah ada jawapan, nanti saya bagitau mak ye.."


Monday, June 13, 2011

~~smile~~

hai semua
selamat pagi..
mulakan hari dengan senyuman..:)
hari ini hari isnin
hari ini hari kerja
hari ini saya banyak kerja
kena siapkan semua kerja

sebenarnya saya ngantuk sangat tapi....
banyak keja nak kena siapkan..
aida, anda kena rajin...heee
jangan tangguh kerja lagi...
kena rajin...:)
selamat bekerja...

p/s:siapa2 yang kerja tu jangan malas2 tau..buat kerja..:)

Sunday, June 12, 2011

~~my new~~


hai semua

selamat pagi

apa kabar??

pagi nie saja nak tunjuk cermin mata baru saya...:)

ok tak? tak pernah pakai cermin mata macam nie..

rasa macam pelik je..

time nak buat cermin mata hari tu, nak pilih yang lain..

tapi member kata, yang baru ni ok..

saya cuba try and tak tau la masa mula2 tu ok ke tak..:)

rasa ok kot..so saya pilih je la yang tu.

sebenarnya pegi kedai cermin mata minggu lepas..

cermin mata dah siap hari isnin lepas tapi tak berkesempatan nak datang ambil..

semalam barula dapat nak pegi ambil...

excited la juga coz tak sabar nak tengok cermin mata baru..hehee...

cermin mata baru saya..ok tak??


masa nie baru nak kuar..:)


p/s : okey tak cermin mata baru saya??








Friday, June 10, 2011

rindu

hai semua...
tetiba lak rasa nak upload gambar ni..hihii...


rindu lak rasanya kat baju nie..




Wednesday, June 8, 2011

EXAM

assalammualaikum..
selamat pagi semua
sempat lagi buka blog sebelum nak pegi exam..
peningnya kepala ini..
xtau la kenapa sejak akhir2 ini, asyik pening and ngantuk je..

hari ini saya ada exam tapi xcukup study la...
semalam nak study tapi xlarat sangat2..tido je...huhuhu..
harap2 boleh jawab soalan exam dengan mudah hari ini...

ingatkan pagi ni bangun, kepala dah ok tapi malangnya kepala ini masih berdenyut-denyut lagi...
tido rasanya dah cukup tapi rasa ngantuk juga...
kenapa ya...

kawan2 doakan saya supaya boleh jawab soalan dgn mudah ya hari ini...

Monday, June 6, 2011

~~aku lewat~~


Assalammualaikum..
Hai semua...
hari ini saya lewat masuk ofis...
huhuhu..bangun lewat gara-gara layan novel 7 Hari Mencintaiku..
memang best sangat buku ni...rasa nak baca sikit je buku ni semalam tapi bila dah start baca memang rasa nak habiskan masa tu juga.. tu yang tido jam 4 pagi... tido kejap, lepas tu bangun solat subuh..lepas solat, terlelap pulak...alih-alih terjaga jam 7.10 pagi..alamak dah lambat coz saya masuk keja 7.30 pagi... cuba bersiap dengan pantas..huhu..nak kejar masa..apakan daya, hari ini saya terlewat juga...lepas ni tak akan berulang lagi..tak mau datang lewat kat ofis..nasib baik terjaga sebelum lagi lewat..member rumah ingatkan saya dah kuar pegi keja coz dia kata bilik saya dh sunyi....memanglah sunyi coz saya tertido...terkejut member rumah bila saya kuar dari bilik tak siap lagi nak pegi kerja....lepas ni tak mau lewat lagi..huhuhu...
apapun novel ni memang best..rugi tak baca..:)



Sinopsis novel 7 Hari Mencintaiku

"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan ? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya ! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati ! So ... apa kata kau berambus sekarang ! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau ! "

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

Berbagai kata nista dan makian yang di lemparkan pada lelaki ini. Bungkam Khuzairi mendengarnya, namun demi satu amanah Khuzairi terpaksa menelannya, demi satu amanah Khuzairi hanya mampu bersabar.

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma
nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

Sunday, June 5, 2011

Layan Boboi Boy

hai semua...

gelak je tengok cerita cartoon boboi boy kat TV3 tadi..rasa dah lama juga xlayan cartoon..tadi tak tau pun tengok episode yang keberapa..layan je..hehe.. boleh gelak2..:) best pulak..hehe..rindu pulak dengan adik kat kampung..dulu kalau kat rumah, tengok cartoon ni mesti dengan dia..seronok sangat..rindunya kat dia...kalau kat kampung memang selalu jugala layan cartoon coz adik suka tengok cartoon..cuma dah keja ni jarang la dapat nak layan cartoon... yela, keja je...lepas tu, member kat rumah sewa bukan suka sangat nak layan cartoon..so, jarang2 la dapat nak layan cerita cartoon...


entri bosan

hai semua..

apa kabar?

asyik bosan jer....

bosan dok rumah sorang2.. xtau nak buat apa...

minggu depan ada exam tapi malas la nak study..huhuhu...

dok mengadap laptop je dari tadi..

apa nak buat.......

....

.....

.......

.........

............

nak cerita la semalam sy pegi mana...:)

semalam kuar pegi kedai cermin mata kat JJ Seri Kembangan..maklumlah cermin mata skrg ni dah kabur2..so nak kena tukarlah..betul tak?

power mata pun dh naik...ish, biar betul..macam tak percaya je..

kanan : 200, kiri : 215 (klu tak silap)

sebelum ni,

kanan : 175, kiri : 150

banyak juga la beza dia dengan first time pakai cermin mata…

nie time baru nak kuar..tembamnya pipi..

ambil gambar jap..hehe..ok tak cermin mata ni..

pic xclear..huhu..

hahaha..smpt ambil gambar



:)


rimas sebenarnya nak pakai cermin mata ni, tapi apakan daya, cermin mata tak ada susahla nak melihat..apalagi kalau nak tengok benda yang jauh..coz saya ni rabun jauh...

macam mana ye, supaya kita boleh kurangkan rabun???




Friday, June 3, 2011

kenapakah???

assalammualaikum...
selamat pagi semua
nak update sikit je..heehee...
ntah napa sejak akhir2 ni saya rasa asyik berdebar-debar je...
tak tau la napa... adakah sebab saya tak cukup rehat atau apakah??
saya pun tak taulah... rasa sakit sangat kat dada ni..
kenapa?????
sometime cepat sangat terasa..
sometime juga malas nak layan karenah kawan2...
tak suka macam ni...:(

kawan2 apa saya nak buat ni???