Saturday, December 31, 2011

selamat tahun baru

assalammualaikum
hai semua

2011 dah nak habis, berganti pulak tahun 2012
harap-harap 2012 ini akan lebih baik dari 2011
hujung tahun lepas aku bersedih atas sebuah perpisahan
tahun ni aku tak nak bersedih lagi
harap semuanya ok






Happy New Year 2012



apa azam baru korang?




Monday, December 26, 2011

nak yang ni

assalammualaikum
hai semua






teringin nak makan macaron



Wednesday, December 21, 2011

My Life Would Suck Without You


Tuesday, December 13, 2011

maafkan aku

assalammualaikum
hai semua


bukan mudah untuk kita membuat semua orang di sekeliling kita gembira dengan setiap apa yang kita lakukan
mungkin ada yang akan terluka 

begitu juga dengan apa yang aku alami
sangat sukar untuk menjaga hati, memuaskan hati seseorang
tiada niat untuk menyakiti hatinya
maafkan aku

mungkin lebih baik aku mendiamkan diri buat sementara waktu





Sunday, December 4, 2011

risau+rindu

assalammualaikum
hai semua

hari ini tak keja..
duduk rumah je..nak rehat puas2.. :)


semalam adik mesej

adik : tak rindu mak dengan ayah ke?

saya : rindula..kenapa??

adik : tak ada lah, risau la

saya : kenapa pulak risau??

adik : ntah, tetiba lak risau

saya : macam tu, call lah dorang

            ni mesti kes rindu dekat ayah..dah lama tak balik kampung kan


awal pagi lagi mak dah miscall..hehe
nak minta kita call la tu..

rindunya dekat mak
rindu dekat adik

lambat lagi baru dapat nak balik kampung....
hujung2 tahun ni susah sangat nak balik..tak boleh nak cuti..
kerja banyak!!!!
hari cuti pon kena datang kerja juga..

dah call mak tanya khabar apa semua
dapat cakap dengan adik kesayangan
lagi lah rasa tak sabar nak balik kampung
tak sabar April 2012
alhamdulillah semua family kat kampung sihat
cuma,mak kata nenek kurang sihat 
moga nenek cepat sihat
walaupun tak rapat sangat dengan nenek
tapi tak nak la dia sakit kan..
nak la dia cepat sihat

tengah relaks sambil minum teh hihihi
ayah pulak call
tanya napa risaukan dia
alahai ayah ni, kita risau pun tak boleh
kita risau sebab mak kata ayah selalu tak sihat
ayah kata tak payahlah nak risaukan dia
tapi tak boleh, tetap risaukan ayah
moga kesihatan ayah akan bertambah baik






Saturday, December 3, 2011

hari ini pun kena kerja

assalammualaikum
hai semua

ingatkan minggu ni tak perlu datang kerja di hujung minggu
tapi..aku kena datang juga..huhuhu..
banyak sangat kerja yang nak kena siapkan

baru berangan nak pergi jenjalan
nak pegi jumpa kawan
tetiba semalam bos plak minta kita datang kerja hari ini

nak buat macam mana kan
tak nak datang, bos dah minta kita datang
gagahkan diri juga nak datang kerja hari ini
walaupun diri ini agak malas nak datang

bertekad agar kerja hari ini siap!!!
minggu depan kerja lain pulak menanti

selamat berhujung minggu/bercuti kepada yang tak kerja
selamat berkerja kepada yang kerja





Saturday, November 26, 2011

kerja!!!

assalammualaikum
hai semua

seronoknya cuti
tapi hari ini kena pergi kerja lak
ada pulak keja yang nak kena siapkan
sabar je la....





Monday, November 21, 2011

because of you

assalammualaikum
hai semua




dengar lagu ni mengingatkan saya dekat seseorang
dah lama tak berhubung dengan dia
agak-agak dia ingat lagi tak dekat saya..huhu

nak hubungi dia 
tapi dia tak bagi saya hubungi dia
dia kata nanti dia akan hubungi saya
tapi sampai sekarang dia tak pernah hubungi saya
tak apa lah, yang penting dia bahagia..
moga dia berbahagia dengan kehidupan dia sekarang



kepada kawan saya tu, kita tetap kawan..
awak boleh hubungi saya bila-bila masa..













Sunday, November 20, 2011

majlis perkahwinan

assalammualaikum
hai semua

hari ini telah menghadirkan diri ke majlis perkahwinan kakak kepada budak rumah dekat kelang
memandangkan saya dengan kawan saya ni tak mempunyai kenderaan,
maka pagi-pagi lagi dah keluar tunggu bas
huhu
agak lama juga tunggu bas nak pegi KL
maka terpaksala menapak tunggu bas lain pergi ke putrajaya sentral pulak

dekat putrajaya sentral pulak
kita penat beratur tunggu bas
tapi ada pulak yang tak reti nak beratur
suka hati dia je nak pegi depan orang lain
tension betul jumpa orang macam ni
sabar je la..


layanla sedikit gambar di majlis perkahwinan ini hehe....
tak sempat nak ambil gambar banyak2...










bersama pengantin baru :)
semoga berkekalan hingga ke akhir hayat


Saturday, November 19, 2011

gambar

assalammualaikum
hai semua

hari tu pegi jenjalan dengan kawan2
nak update awal2 tapi line broadband pulak tak ok..
tension je
layan je la beberapa gambar hari tu



























Thursday, November 17, 2011

rindunya dengan budak ni


assalammualaikum
hai semua




dalam sibuk sibuk nak siapkan kerja
teringat lak dekat adik bongsu saya
rindunya kat dia
lama tak jumpa
:(

Monday, November 14, 2011

letihnya :(

assalammualaikum
hai semua


tersangatlah letih hari ini
dengan kerja yang banyak
lagi...
nak mengadap orang-orang yang tak faham bahasa
amatlah menguji kesabaranku
penat nak menahan rasa marah kat orang


aku harap aku masih mampu bersabar






Friday, November 11, 2011

raya

 assalammualaikum
hai semua

raya aidil adha tahun ni tak balik kampung juga
tahun ni raya berdua dengan budak rumah..sedih betul..
sedih hati ni dengar takbir raya
rasa nak balik kampung je..huhu
rasa nak nangis pun ada...






nasib baik ada nis teman raya tahun ni



juadah di hari raya.. :) 




bila nak balik kampung ni...
rindunya nak balik kampung....




nak rehat

assalammualaikum
hai semua

lama tak update
agak sibuk dengan kerja
kat rumah line broadband plak menyakitkan hati
lembap semacam je...huhu

sepanjang minggu ni banyak kerja urgent
semua benda nak urgent
sampai tak tahu nak buat yang mana dulu
sabar je la..buat yang termampu je la kan

saya perlukan rehat..huhu..



Friday, November 4, 2011

semua nak balik kampung

assalammualaikum
hai semua

minggu ni semua orang nak balik kampung
semua orang nak bercuti sempena hari raya aidil adha ahad ni
sedih tak dapat nak balik kampung
raya kat putrajaya lagi tahun ni
raya berdua dengan budak rumah.. 
nasib baikla juga ada kawan..huhu 
yang lain semua nak balik kampung

tahun ni masuk tahun kedua tak balik kampung
nak sambut raya aidil adha bersama keluarga







~selamat menyambut hari raya aidil adha untuk semua~
kepada yang nak balik kampung tu
hati hati sepanjang perjalanan anda










pening

assalammualaikum
hai semua

setelah tiga hari tak pergi kerja, kepala ni dah pening..
bukan sengaja tak nak pergi kerja tau
tak pergi kerja pun sebab kena pergi taklimat dekat sabah & sarawak
letih sangat sangat
baru balik semalam tapi hari ini dah kena kerja
kerja banyak pulak tu
kepala ini dah berdenyut denyut
sabar je la...




Friday, October 28, 2011

dulu dulu :)

 assalammualaikum
hai semua

teringat kat tempat keja lama dulu
walaupun bos suka marah marah tapi kawan kawan dekat tempat keja lama semua best
rindunya dengan dorang

first time masuk keja memang tak tau apa apa
bos cuma bagi saya ulangkaji fail projek yang tak siap lagi/separuh siap
ulangkaji macam mana nak baca pelan..huhu nak kena baca pelan pulak
bukan main, dulu setiap orang kena jaga beberapa projek
hahaha..
mula mula tu nak tengok pelan pun tak reti
apa benda je yang ada dalam pelan tu
bertungkus lumus nak study pelan tu
nak kena tau apa benda yang syarikat nak kena claim untuk projek tu..
nak kena key in dalam sistem la..
nak kena buat daily activity la
hehehe
banyak benda nak kena buat
  
oh ya, dulu keja kat syarikat kontraktor telekom
so, claim semua akan dihantar dekat telekom
mula mula tu agak payah juga 
tapi kawan kawan semua bagi tunjuk ajar

 part yang paling tak best bila bos paksa siapkan keja sampai tengah malam
tension sangat sangat
sabar je la bila bos dah arahkan kena keja sampai tengah malam

apa apa pun pengalaman keja kat tempat lama tu best juga
macam macam ada
hehehe

layankanlah gambar gambar waktu keja kat tempat lama :)



lepas keja pegi shopping..hahaa

udzyie & ass

echill & baizura

udzyie



aktiviti petang selepas habis waktu keja :)


echill, shanty, ass, udzyie, mila & miss soo


rindu dengan korang semua
ada masa nanti kita jumpa ye :)





Thursday, October 27, 2011

kerja kerja kerja

assalammualaikum
hai semua


semalam dah cuti,
hari ini agak malas nak keja
nak cuti lagi..huhu..
ada hati nak cuti lagi, 
tapi kat ofis ada banyak keja 
ntah bila nak habis..


bila keja banyak, nak update blog pun malas


hari ni bos tak ada tapi ada banyak keja nak kena siapkan 
nak kena siapkan sebelum taklimat minggu depan




selamat bekerja semua :)












Saturday, October 8, 2011

masalah

assalammualaikum
hai semua

kadang kadang rasa tak termampu untuk menanggung semuaya
kadang kadang rasa nak nangis nak hadapinya
apakan daya, kena hadapi juga
apa yang termampu hanyalah bersabar, berdoa dan berusaha
aku harap aku akan sentiasa tabah menghadapinya


Friday, October 7, 2011

apa apa je la..huhu

assalammualaikum
hai semua


selamat hari jumaat


lamanya tak update blog
sangat malas nak update
huhu..
lagipun agak sibuk dengan keja
banyak sangat keja nak kena buat


rasa tajuk tak kena dengan entri..
huhu
apa apa je la....


ok la, nanti update lagi









Wednesday, September 21, 2011

Majlis Perkahwinan

assalammualaikum
hai semua



minggu lepas 17.09.2011 telah menghadirkan diri ke majlis perkahwinan my boss
skema betol ayat ni..hehee
menghadirkan diri bersama sama dengan budak ofis
skema lagi..hoho..
maafla jika ayat ayat terlalu skema :)




 with kak ida & kak zaty









 cantik kan boss saya :)

tak sempat nak ambil gambar dengan pengantin
nak balik cepat kan
huhu..


kepada pasangan pengantin, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat




Friday, September 16, 2011

bertunang

assalammualaikum
hai semua

aku nak tunang..hehehe..
tak ada la..belum nak tunang lagi..
raya ke-4 hari tu sorang kawan aku bertunang..
layankan la beberapa gambar time dia bertunang..
sikit je.. :)



bila la pulak aku nak tunang?? hihi

 ni kawan aku yang tunang hari tu..

hantaran pihak perempuan untuk pihak lelaki..
 

fiza, ketty & saya.. :)

  ketty & fiza



 dua orang kaki gambar..hihi








   



Tuesday, September 13, 2011

tak kenal..huhu

assalammualaikum
hai semua

hari tu kat airpot, masa nak balik putrajaya
tak sangka jumpa dengan cousin..
tapi serius tak kenal langsung pun dengan dorang

ayah dengan adik aku hantar aku pegi airpot
dah nak masuk kat balai berlepas
terserempak pulak dengan cousin tu..
tapi aku buat tak tau je la, tak kenal kan..hihi
nasib baik la familiy dia tegur ayah
kalau tak memang tak kan kenal la..
yang ayah aku lak, tak perasan dorang tu pun ada kat sana..

aku tak tau la macam mana aku cousin dengan dia..hihi..
ayah kata, dorang tu saudara belah mak..
emm..patut la juga tak kenal..
jarang balik kampung mak
kalau mak ada time tu kan, mesti dah bebel
tu la tak nak balik kampung mak.. 

padahal raya tahun ni, dua kali pegi kampung mak
cumanya tak ada lak pegi rumah cousin yang aku jumpa ni..
lepas ni kena kenal kenal la saudara belah mak...

itulah akibatnya kalau tak kenal saudara kan..
jumpa kat mana mana pun buat tak tau je kan...